Sebanyak RM36.1 bilion diperuntukkan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Bajet 2023, berbanding peruntukan RM32.4 bilion tahun sebelumnya.<br /><br />Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merupakan peningkatan jumlah perbelanjaan terbesar dalam kalangan kementerian.